Setelah tiga siri VCD saya sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan, saya bersama pihak pernerbit tidak ragu-ragu lagi menerbitkan VCD ‘siri celik seks’ yang keempat pula. Banyak maklum balas positif saya terima daripada penonton siri celik seks 1, 2, dan 3. Rata-rata yang member maklum balas itu terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan juga daripada remaja yang bakal berkahwin.
Mereka mengakui banyak perkara yang berkaitan dengan naluri seks dan kesihatan seksual tidak mereka ketahui sebelum ini. Kerana itu tidak hairanlah apabila ada pihak mengatakan masyarakat kita jahil ilmu suks. Kerana jahil ilmu sekslah mata ramai suami yang bermasalah dengan kemampuan tenaga batin membeli ubat di tepi jalan. Kerana jahil sekslah juga ramai remaja putri buang anak dalam longkang. Sebagai seorang doctor pakar kesihatan seksual, saya rasa bertanggungjawab untuk memberi sebanyak mungkin info-info berkaitan kesihatan seksual kepada masyarakat agar mereka hidup lebih ceria dan bahagia. Saya berasa amat sedih sekali kerana terlalu ramai orang kita jahil tentang ilmu reproduktif lelaki dan wanita ini. Bayangkan, ada isteri yang bertanyakan saya sama ada dia boleh mengadung atau tidak apabila suaminya mengadakan hubungan seks melalui dubur? Ada juga kaum isteri bertanya apakah dia boleh mengandung jika tertelan air mani atau air mani dipancutkan atas perut? Paling sedih, ramai remaja putri kita tidak tahu bahawa melakukan hubungan seks dengan lelaki boleh mengakibatkan mereka hamil.
Dalam VCD keempat bertajuk “Lelaki & Kesihatan Seksual” ini, saya banyak menekankan kepada penyakit-penyakit seksual lelaki yang tumbuh secara senyap. Sebagai contoh kanser prostat. Banyak lelaki tidak tahu akan gejala-gejalanya, sedar-sedar mereka sudah mengalami kanser prostat. Begitu juga juga dengan kanser buah zakar dan system reproduktif lainya.
Bagi saya, semua masalah yang bersangkut dengan reproduktif lelaki boleh diatasi. Sama ada mati pucuk, tegang sekejap atau zakar layu terus kerana penyakit kencing manis, InsyaAllah dapat diatasi – dengan syarat anda jangan malu-malu berjumpa doctor pakar kesihatan seksual.
Apapun, paling penting andan amalkan gaya hidup sihat. Itu saja senjata ampuh untuk menghidari sebarang penyakit. Untuk mengetahui masalah kesihatan seksual lelaki lainnya,dapatkan dan tontonlah VCD ini!
Dr. Ismail Tambi
POS PRODUKSI: WELLCOM EVENTS
SKRIP: ROSLEE AYOB
PENGARAH / PENERBIT EKSEKUTIF: ROSLEE AYOB
PENGACARA UNDANGAN: ZAMZARINA